Pagi ini sy memulakan hr dengan penuh motivasi setelah membaca a chapter dlm buku 'Saksikan bahawa aku seorang muslim' oleh Salim A Fillah tentang Abu Bakar dan Umar yang saling bersaing untuk mendapatkan keredhaan Allah. Umar,Si Pejuang,sentiasa berambisi besar utk mengungguli Abu Bakar dlm amal dan pengorbanan.Seorang wanita tua pernah menolak tawaran pertolongan dr Umar dgn mengatakan,"Sudah ada yg membantuku..".Dalam pengintaian Umar di keesokan harinya, beliau melihat Abu Bakar terhendap-hendap memikul karung berisi keperluan hidup si nenek.
Begitu juga dlm Perang Tabuk, seruan jihad harta oleh Rasulullah disambut Umar dgn segera.Saat Rasulullah brtanya berapa yg ia tinggalkn utk keluarga,Umar mengatakan dgn bangga,"Sebanyak yg aku serahkn pd Allah dn rasulNya.Tetapi betapa tercengangnya Umar saat pertanyaan yg sama ditujukan pada rivalnya,Abu Bakar.Dgn gemilangnya Abu Bakar menjawab, "Cukuplah Allah dan RasulNya yg aku tinggalkn utk keluargaku!"
Menjadikan Abu Bakar sbgi kompetitor amal memang harus membuat Umar bergumam, "Mulai hari ini aku sedar,nampaknya aku tak akn pernah dapat mengalahkan Abu Bakar!"
2 pengajaran yg boleh kita ambil dr kisah ini.Yang pertama,manusia memang mempunyai ego, kerana itu kita suka bersaing dan membanding-bandingkan diri kita dgn org lain. Begitu juga dgn sikap2 kita yg lain,seperti sikap pemarah, suka mengeluh dan mengkritik.Ibarat alam yg mempunyai hukum,begitu juga manusia,sifat2 ini ibarat human nature manusia.Dan sesungguhnya Allah, Sang Pencipta sudah sedia maklum dgn sifat makhluk2 ciptaanNya sendiri:
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir"(Al-Maarij:19-21)Tetapi manusia2 yg unggul,mampu menyalurkan human nature ataupun kekurangan manusia ini ke jalan utk menuju keredhaan Allah seperti apa yg dicontohkan oleh Umar Al Khatab di sini. Siapa tahu,mungkin kekurangan yg kita rasa kita miliki, sebenarnya mengandung hikmah dan sebaliknya merupakan kelebihan kita.Dan manusia yang hebat adalah manusia yang mampu menyalurkan kekurangannya ke jalan menggapai keredhaan Tuhannya.
Jadi kalau anda seorg yg ego dan gemar bersaing, bersainglah..tidak ada yg salah,tp bersainglah dalam beramal dan mencari kasih sayangNya..
Kalau anda seorg yg pemarah dan pengkritik (boleh jadi juri AF) berhentilah mengkritik sekeling anda,sebaliknya marahlah diri sendiri dan mengeluhlah kerana gagal menyembah Allah the way Allah deserves to be worshipped..
Kalau kita merasa diri kurang cantik ..tak mengapelah, siape tahu ini dapat memupuk rasa rendah diri dan sifat kehambaan kita kpdNya..dgn lebih fokus kpd mengasah kecantikan hati..
Disebabkan sy sdg dlm blok 'Human Behaviour and psychiatry' boleh juga diambil contoh org2 skizophrenia.Mungkin sekali fikir mcm 'musibah' dpt skizo tp sejarah menyaksikan org2 skizo seperti John Forbes yg mana kisah hidupnya di capture dlm 'A Beautiful Mind' mampu menghasilkan karya ilmiah yg hebat kerana 'kelebihan berfikirnya' itu sehinggalah mampu dinobatkan Hadiah Nobel pd tahun 1994 utk game theory nya.Sayangnya dia tak beriman.Mungkin contoh ini agak extreme,tp sy harap msg sy sampai..;).Takpelah kalau anda rasa anda ada mental disorder,just salurkan je ke medan yg sepatutnye..
Berhentilah utk cuba 'mengubah' tapi berusahalah 'menyalurkan' ke jalur yg wajar.Berhentilah utk cuba menjadi org lain,tapi sebaliknya asahlah apa yg ada dlm diri kita utk memberikan yg terbaik di mataNya..Seperti yg teman baik sy Azra katekan,sesungguhnya penciptaan Allah itu Maha Sempurna..x ada yg sia2..
Dan pengajaran yg kedua.Abu Bakar..subhaanallah,sebaik2 sahabat..buat sy merasa tak semestinya kita kn jadi galak atau 'perkasa' utk menjadi pemimpin.tapi Abu Bakar dgn kelembutan hati dan sifat yg ada pada dirinya membuatkannya mulia di sisi Allah..Kerana hati yg lembutnya juga,wajarlah dia dipanggil As Siddiq-"yg membenarkan" melambangkan betapa tinggi keyakinan iman dan kesetiannya pada Allah dan Rasul..
Semoga diri ini, walaupun masih jauh,mampu merangkak-rangkak merintis jalan 'mujahadah diri kerana Allah' seperti yg telah ditelusuri oleh para-para sahabat hebat ini..Amin..
*Rindu syurga dan kasihNya...