Monday, May 17, 2010

rindu padanya

di saat2 saya merasa PMS atau kesabaran berada di tahap paling minimal, hati merasa tidak tenang, jiwa mencari-cari kesalahan. tiba-tiba sy teringat pada seorang teman yang sangat istimewa di jiwa saya. Saya rindu padanya. sangat rindu padanya. saya rindu senyuman di wajahnya yang tak pernah sirna, tak pernah saya lihat wajahnya bermuram durja atau mendung. matanya selalu bercahaya. saya rindu pelukan hangat eratnya terutama setelah kami selesai solat jemaah atau ketika hendak berpisah. dia seorang yang sangat rendah hati. mengabdikan hidupnya di medan dakwah. 24 jam 7 hari sehari. setiap usrah atau ta'lim yang dia beri selalu memberi impak pada orang yang mendengar. jarang dia bercakap sia-sia, tak pernah saya dengar dia membicarakan tentang orang lain. orangnya...sangat zuhud..tak pernah berkira soal duit. walaupun saya tahu dia tengah tak ada duit. masyaAllah..akhlaknya...buat saya sayang dan sanggup buat apa2 untuk dia tanpa perlu dipaksa..walaupun saya taklah selalu jumpa dia..kami tinggal jauh universiti pun berbeza..tapi setiap kali dapat luangkan masa dengan dia saya rasa istimewa dan tenang dan sayang padanya..mungkin ini yang dinamakan 'sayang kerana Allah'. tak selalu jumpa tapi rasa akrab dan rindu. dan dia sangat hebat. berjaya hidupkan komuniti insan-insan yang sama-sama mencintai Allah dan sanggup berkorban apa sahaja di jalan dakwah dengan akhlak yang subhaanallah...hebat...hati rasa warm dan damai bila bersama dengan mereka..terasa bibit-bibit kehidupan para sahabat di zaman rasulullah..mungkin ini adalah hasil tarbiyyah yang hebat dan tidak pernah kenal henti dan putus asa.. manisnya...saya kagum dengan dia...saya tak mampu nak jadi macam dia..malahan saya selalu je tak berjaya nk kawal emosi saya..ya Allah perbanyakkanlah orang seperti dia ya Allah biar bumi ini terasa sejuk dengan insan-insan berkualiti yang menyayangi orang lain kerana cintakan akhirat dan rindu untuk bertemu denganMu..ya Allah jadikanlah aku walaupun tak mampu sehebat dia..tapi sejalur dengan jalan yang diambil dia...dia tak akan saya lupakan...saya nak bagi anak saya nama dia..saya nak anak-anak saya jadi hebat seperti dia..yang tetap istiqamah..dan ya Allah tetap istiqamahkanlah dia...dan diriku..agar generasi pewaris nabi tetap ada di muka bumi ini....

5 comments:

Hatta MD said...

siapakah dia?

hijriah said...

abg hatta bzbodi :P

hurin said...

haah, kita pun nk tau siapa, so kita boleh bagi nama anak kita nnti sama2.

Anonymous said...

sy tau ;) sy rindu dia juga

ain said...

sangat comel. :)
macam tau sape yang kaktoy maksudkan, tapi taknak buat andaian, huhu