Monday, March 31, 2008

dhuha yg hening

ya Allah
saat ini,
aku hanya mahu menjadi
hambaMu yg berijtihad menuntut ilmu di jalan Mu
maka kurniakanlah aku
kesungguhan
dlm melaksanakan hak-hak ilmu Mu
untuk dipelajari dan diajari
juga kurniakanlah aku
kesucian hati
agar ilmu mudah tembus ke dalam dadaku

ya Allah
saat ini,
aku hanya mahu menjadi
hambaMu yang berserah diri hanya kepadaMu
menghayati ayat-ayat suciMu
agar iman tumbuh dalam jiwaku
untuk Kau bukakan pintu-pintu barakah dr langit dan bumiMu
maka kurniakanlah aku
ketenangan dari lubuk hatiku

(Ya Allah kurniakanlah aku kemudahan untuk belajar anatomi yg susah itu -_- . Sesungguhnya tak ada yg mudah kecuali Engkau yg menjadikannya mudah dari sisiMu..)

1 comment:

nur hafidah ishak said...

amiinnn...for ur doa tu.
anat...oh anat...
gudluk sis...