Friday, January 2, 2009

kita semua sedang diuji

Kisah pembantaian Israel terhadap saudara2 kita di Palestin baru2 ini telah menggemparkan umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Sesungguhnya, saudara2 kita di sana sedang diuji oleh Allah s.w.t dan hukum jihad jelas jatuh wajib atau fardu ain ke atas mereka kerana mereka telah dizalimi di tanah air, bumi mereka sendiri. Mereka telah terang2 diuji secara fizikal (harta dan wilayah dirampas, manakala anak2, isteri, orang tua dan para pemuda dibunuh tanpa sebab), namun bagaimana pula dengan kita?

Semalam sy duduk terpuruk tanpa alasan di atas tikar sejadah memikirkan tentang dada saya yg merasa sesak tanpa dipinta. apakah sebabnya? namun tiba2 fikiran saya terpesat kepada saudara2 kita yg sedang sengsara di Palestin sana. Ya Allah, mereka semua sedang diuji, bagaimana pula dengan sy? jadi timbul keyakinan dlm diri sy bahawa, sy yakin sy juga sedang diuji. kesempitan jiwa juga adalah ujian Tuhan buat sy. Untuk melihat apakah jalan keluar yg akan sy pilih di saat futur melanda. adakah sy akan memilih jalan keluar yg mudah, yg memalingkan diri sy dari jalanNya atau memilih terapi dariNya, sedikit sulit tapi sempurna. Apabila berfikir sebegitu, tiba2 hati sy lapang semula, senyum di bibir kembali mekar. Allah sedang uji saya, itu tandanya Allah sayang dan ingatkan saya. ya Allah, aku lebih rela diuji sekiranya itu tanda Engkau mahu aku mengingatiMu, bukankah Tuhanku Maha Cemburu pada hamba-hambaNya sekiranya di hati mereka ada cinta yang lebih besar dariNya?lebih rela dari Engkau biarkan aku sesat tapi bahagia. Bahagia yang salah, bahagia yg sementara. Bahagia yang tidak kekal selamanya, malah tidak sihat untuk pengakhiran, kampung akhirat ku di sana.

Jadi sy terfikir bahawa hakikatnya kita semua sedang diuji. Hidup ini adalah ujian. Cuma bezanya adalah apakah ujian itu jelas atau tidak nyata. Bahayanya adlh apabila kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya sedang diuji! Kita diuji dengan masa-apakah kita sudah mengisi masa kita dengan menjalankan amanah sebaiknya? atau masih lalai menghiburkan diri dengan segala bentuk hiburan yang ada di dunia ini-->bahkan hati kita seoleh-olah sudah terikat dan tidak boleh terpisah dari hiburan2 ini.
kita diuji dgn harta kekayaan, yang cuma titipan dari Tuhan utk dilihat apakah digunakan di jalan Tuhan atau utk memuaskan nafsu, keinginan yg tidak pernah sirna (dunia kan ibarat air laut--semakin diminum, semakin bertambah haus). ingin berinfak membantu masyarakat Palestin yg sedang menderita juga masih berkira-kira! (ya Allah malunya..). dan berbagai lagi nikmat2 yg Allah telah kurniakan sebenarnya untuk menguji kita!

Seandainya kita marah dgn Israel dan bersimpati dgn Palestinians (memang inilah seharusnya reaksi kita!), marah dan bersimpati jugalah dgn diri kita yg alpa dan tidak sedar bahawa diri sedang diuji....-ibarat musuh dalam selimut, menikam dari belakang tanpa peduli, -juga ibarat ghazwul fikr(perang minda oleh Barat pada umat Islam) yang super halus tapi tepat mengena sasaran!! atau ibarat api dalam sekam-membakar pelan-pelan...memakan dari dalam...

Sedarlah bahawa dosa terbesar sebenarnya adalah dosa lalai kepadaNya! sudah-sudahlah ummat ini terpuruk ke dalam lembah kehinaan, berkubang di dalam lumpur kealpaan, kesenangan dunia dan kesia-siaan, dengan hati yg berpenyakit- penakut, tidak berdaya, lemah dan mundur. perjuangan menentang hawa nafsu kita sangat jelek sedangkan ini yg dikatakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai jihad akbar! Dan Sesungguhnya umat ini telah jatuh, jatuh ke jurang yg paling dalam, tidak ubah seperti haiwan yg hidup hanya untuk memenuhi kantung perutnya sahaja. mungkin sudah terlupa bahawa the ummah was once like a lion, no need to shed a tear!

Yang pastinya, di akhirat nanti akan ada pertimbangannya-masa, harta, anggota badan dan setiap sesuatu.. sy ulangi, setiap sesuatu...yg telah diamanahkan atau dititipkan oleh Allah kepada kita di dunia ini tak akan lepas dari perhitungan. Jangan terkejut ketika dihisab kelak malahan skor kita negatif...(ya Allah nauzubillah...) dan ketika itu kita sedang menyaksikan saudara2 kita di Palestin yg ikhlas berjihad dan mati syahid di jalanNya sedang tersenyum memasuki syurga..pasti waktu itu kita mahu kalau kita yang dahulu di dunia di tempatnya...

Ayuh, tiupkan semboyan perjuangan, hidupkan wake-up call dalam diri. sampai bilakah kita hanya menjadi para penyaksi? dan pabila kita mati kelak, diluputkan oleh sejarah. Sudah sampai waktunya, kita mengenerasi perubahan dalam diri, dalam masyarakat sekeliling. Inilah waktunya kita kembali kepada kesucian AlQur'an dan Sunnah dan meninggalkan puing-puing kehinaan dan karat jahiliyyah dalam diri. kuatkan benteng mujahidah li nafs hati. jadikan isu pembantaian Palestin ini sebagai momentum perubahan diri. Sesungguhnya hati-hati kita ini sendiri rindu untuk kembali pada fitrah asalnya iaitu kemuliaan, kebaikan dan kesucian. inilah waktunya. Islam itu akan menang, yakinlah. cuma adakah kita menjadi sebahagiaan yang menyumbang kepada lajunya putaran roda kereta perjuangan ini atau hanya mampu melihat saja, dan tertinggal di belakang. kedegilan kita untuk tetap tega di jalan jahiliyyah, berleka-leka dan bermalas-malasan dengan memberikan seribu satu alasan itu tidak akan merugikan Islam atau orang lain kecuali diri sendiri-yang kelak akan diminta pertanggungjawaban!

2 comments:

Anonymous said...

dan jika nak lihat masa depan sesuatu bangsa, maka lihatlah pula pemudanya pada masa kini...

moga semua Singa yang tertidur sekian lama bangkit dan terus menyinga...

"Banyak2 singa, singa apa yang berpura-pura?
Singapura?! Salah.
Singa yang sengaja berpura2 dia bukan SINGA!"

~harap kita tak jadi singa yang berpura2~

toybesh! said...

betul2!xnk jadi singa dlm badan kambing!