Showing posts with label fi sabilillah. Show all posts
Showing posts with label fi sabilillah. Show all posts

Monday, May 17, 2010

rindu padanya

di saat2 saya merasa PMS atau kesabaran berada di tahap paling minimal, hati merasa tidak tenang, jiwa mencari-cari kesalahan. tiba-tiba sy teringat pada seorang teman yang sangat istimewa di jiwa saya. Saya rindu padanya. sangat rindu padanya. saya rindu senyuman di wajahnya yang tak pernah sirna, tak pernah saya lihat wajahnya bermuram durja atau mendung. matanya selalu bercahaya. saya rindu pelukan hangat eratnya terutama setelah kami selesai solat jemaah atau ketika hendak berpisah. dia seorang yang sangat rendah hati. mengabdikan hidupnya di medan dakwah. 24 jam 7 hari sehari. setiap usrah atau ta'lim yang dia beri selalu memberi impak pada orang yang mendengar. jarang dia bercakap sia-sia, tak pernah saya dengar dia membicarakan tentang orang lain. orangnya...sangat zuhud..tak pernah berkira soal duit. walaupun saya tahu dia tengah tak ada duit. masyaAllah..akhlaknya...buat saya sayang dan sanggup buat apa2 untuk dia tanpa perlu dipaksa..walaupun saya taklah selalu jumpa dia..kami tinggal jauh universiti pun berbeza..tapi setiap kali dapat luangkan masa dengan dia saya rasa istimewa dan tenang dan sayang padanya..mungkin ini yang dinamakan 'sayang kerana Allah'. tak selalu jumpa tapi rasa akrab dan rindu. dan dia sangat hebat. berjaya hidupkan komuniti insan-insan yang sama-sama mencintai Allah dan sanggup berkorban apa sahaja di jalan dakwah dengan akhlak yang subhaanallah...hebat...hati rasa warm dan damai bila bersama dengan mereka..terasa bibit-bibit kehidupan para sahabat di zaman rasulullah..mungkin ini adalah hasil tarbiyyah yang hebat dan tidak pernah kenal henti dan putus asa.. manisnya...saya kagum dengan dia...saya tak mampu nak jadi macam dia..malahan saya selalu je tak berjaya nk kawal emosi saya..ya Allah perbanyakkanlah orang seperti dia ya Allah biar bumi ini terasa sejuk dengan insan-insan berkualiti yang menyayangi orang lain kerana cintakan akhirat dan rindu untuk bertemu denganMu..ya Allah jadikanlah aku walaupun tak mampu sehebat dia..tapi sejalur dengan jalan yang diambil dia...dia tak akan saya lupakan...saya nak bagi anak saya nama dia..saya nak anak-anak saya jadi hebat seperti dia..yang tetap istiqamah..dan ya Allah tetap istiqamahkanlah dia...dan diriku..agar generasi pewaris nabi tetap ada di muka bumi ini....

Monday, February 8, 2010

peringatan diri

selesai solat magrib tadi kami membaca ta'lim mengenai khusyuk dalam solat. saya merasa sangat terkesan bahawa sebenanye sudah lame saya tidak khusyuk dalam solat saya. rupe2nye selama ini tanpa disedari saya telah selalu " mencuri di dalam solat". pasti kenyang syaitan2 yang berjaya menghasut saya selama ini. hadits yang kami baca itu mengatakan bahawa penyebab hati tidak khusyuk adalah syubhat dan syahwat. *batuk*. ya Allah, cinta sangat ke kita ini pada dunia? hingga terlalu sulit untuk khusyuk. kadang2 cinta dunia tumbuh subur dalam hati tanpa kita sedari. ya Allah berilah kekuatan kepada diriku untuk meninggalkan perkara2 syubhah dan syahwat agar solatku mendapat nilai lagi di sisimu. jangan Kau biarkan aku terus lalai. tersenyum walaupun solatku tidak sempurna dan tidak bernilai di mata Mu. jangan biarkan hatiku yang sedang sakit ini menjadi mati ya Allah. peringatkanlah diriku dari waktu ke waktu. bantulah aku untuk menjauhi perkara yang dapat menjauhkan diriku dariMu walaupun hatiku menyukainya. amin amin amin.

Tuesday, January 26, 2010

Jangan Hampiri Zina

Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:"Sesungguhnya telah tertulis (ditetapkan), bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah). Maka zina mata ialah dengan melihat, zina lidah ialah dengan bercakap, zina hati (jiwa) dengan berangan-angan dan berkeinginan (nafsu syahwat), dan (bergantung kepada) kemaluanlah sama ada untuk membenarkan (keinginan itu), atau menafikannya."(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab al-Qadar, No 6122; Kitab al-Isti'dhan, No.5774. Juga diriwayatkan oleh Muslim, Kitab al-Qadar, No 4801; juga oleh Abu Dawud dan Imam Ahmad)

Saturday, February 14, 2009

masa

meluangkan masa sebentar utk menulis. tinggal 11 hari sebelum the big day, hari ujian paling penting, hari H. (25 minus 11). rasanya sangat2 belum bersedia. dah lama xprektis dgn kwn2 main dokter2, tlg sgt2 doakan sy. smlm call mak. mak cerite ttg dirinya yg semakin sibuk (*sgt comel) dgn bilangan pelajar tuisyen yg semakin bertambah + beberapa anak jiran yg minta diajarkan mengaji (* senyum). fatimah dan kak huda pula akn pulang ke rumah esok (fatimah pulang lagi??). mak mintak sy bagi nasihat n semangat ke tma yg sering rasa dirinya inferior krn dikelilingi org2 yg hebat dan berkompetensi dkt UM tu. sy senyum lagi. adekku, jgn rasa2 grogi, buat je. then ttg man yg dah tak rmbut gondrong, rambut makin banyak, his new style for the year 2009 as last yer's prisonbreak scoffield was his 'style in theme'. husna pula semakin cerdik di tabika kemasnya, dan apparently hari2 pressure mak utk nyanyi2 bersamanya, byk betul cikgu tadika dia ajar nyanyi!
tak sangka lg 11 hari je nk balik malaysia. rindu, sangat2 rindu. dgr suara mak dpt semangat baru. kene buat sungguh2 jgn hampakan mak. kejayaan kita mestilah kegembiraan mak. sy hitung lagi masa yg sudah sia2 plus masa yg masih sisa. nampak gaya sy kene pecut! n sy kene berkorban. mungkin sy tak pergi wedding ribki di tuban ptg sabtu ni. sbb tuban tu 4jam dari jogja, mesti sy akn penat nanti stlh kembali ke jogja isnin nnti. kemudian upimi pula ada buat rihlah ke pantai, betolak ptg sbtu ini juga, mungkin sy tak pegi juga. maaf sgt2. bak kata doyot-aku rasa aku perlu masa utk diri sendiri, herm betul2. to doyot n nanie, get well soon dari luka accident! smoga Allah beri kekuatan. .

*kewajipan n tanggungjawab kita melebihi masa yg kita ada- As Syahid Hassan Al Banna.
Mampukah kita nk buang masa lagi? bagaimana nk jwb dgn malaikat mungkar dan nakir nanti?
ingat Allah, jgn sia2kan nikmat masa yg dah dikurniakan, ingat mak n ayah, jgn hampakan perasaan mereka! usaha selagi ada masa....

Tuesday, January 20, 2009

over 1300 palestinians have died yet the world is still doing nothing..

i am so so sad....the world is so big n gaza is so small, yet nobody seems to be doing anything about the Israelis invasion up till now ...where are the OIC countries hiding??no news of sending any military help..at least the indonesian MER-C team has arrived there for medical aid..wut about the government of the islamic countries worldwide?don't they bother to send any jihad batallions to help our brethrens there?the whole world seems to be soooo silent in response to the crisis??wut has happened to us? are we in a too deep sleep and is it sooo difficult to wake up?

Sunday, January 4, 2009

Wasiat Hassan Al-Banna

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari inI
adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya
kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena
kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah
sepanjang hidup-nya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

Allah swt. berfirman,
"Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi
(Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang orang
yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka
bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tentaranya apa yang
selalu mereka khawatirkan," (Al-Qashash: 5-6)

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang
mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat. Dunia akan melihat
bahwa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat
menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah
giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan
itu akan kembali kepada kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.
Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana bisa jadi
engkau tidak bisa berbuat apa-apa di esok hari.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti.
Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal
kata "berhenti" dalam berjihad.
Allah swt. berfirman,
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh
akan.Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut: 69)

Hanya Allah-lah dzat yang Mahaagung, bagi-Nya segala puji.

Friday, January 2, 2009

kita semua sedang diuji

Kisah pembantaian Israel terhadap saudara2 kita di Palestin baru2 ini telah menggemparkan umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Sesungguhnya, saudara2 kita di sana sedang diuji oleh Allah s.w.t dan hukum jihad jelas jatuh wajib atau fardu ain ke atas mereka kerana mereka telah dizalimi di tanah air, bumi mereka sendiri. Mereka telah terang2 diuji secara fizikal (harta dan wilayah dirampas, manakala anak2, isteri, orang tua dan para pemuda dibunuh tanpa sebab), namun bagaimana pula dengan kita?

Semalam sy duduk terpuruk tanpa alasan di atas tikar sejadah memikirkan tentang dada saya yg merasa sesak tanpa dipinta. apakah sebabnya? namun tiba2 fikiran saya terpesat kepada saudara2 kita yg sedang sengsara di Palestin sana. Ya Allah, mereka semua sedang diuji, bagaimana pula dengan sy? jadi timbul keyakinan dlm diri sy bahawa, sy yakin sy juga sedang diuji. kesempitan jiwa juga adalah ujian Tuhan buat sy. Untuk melihat apakah jalan keluar yg akan sy pilih di saat futur melanda. adakah sy akan memilih jalan keluar yg mudah, yg memalingkan diri sy dari jalanNya atau memilih terapi dariNya, sedikit sulit tapi sempurna. Apabila berfikir sebegitu, tiba2 hati sy lapang semula, senyum di bibir kembali mekar. Allah sedang uji saya, itu tandanya Allah sayang dan ingatkan saya. ya Allah, aku lebih rela diuji sekiranya itu tanda Engkau mahu aku mengingatiMu, bukankah Tuhanku Maha Cemburu pada hamba-hambaNya sekiranya di hati mereka ada cinta yang lebih besar dariNya?lebih rela dari Engkau biarkan aku sesat tapi bahagia. Bahagia yang salah, bahagia yg sementara. Bahagia yang tidak kekal selamanya, malah tidak sihat untuk pengakhiran, kampung akhirat ku di sana.

Jadi sy terfikir bahawa hakikatnya kita semua sedang diuji. Hidup ini adalah ujian. Cuma bezanya adalah apakah ujian itu jelas atau tidak nyata. Bahayanya adlh apabila kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya sedang diuji! Kita diuji dengan masa-apakah kita sudah mengisi masa kita dengan menjalankan amanah sebaiknya? atau masih lalai menghiburkan diri dengan segala bentuk hiburan yang ada di dunia ini-->bahkan hati kita seoleh-olah sudah terikat dan tidak boleh terpisah dari hiburan2 ini.
kita diuji dgn harta kekayaan, yang cuma titipan dari Tuhan utk dilihat apakah digunakan di jalan Tuhan atau utk memuaskan nafsu, keinginan yg tidak pernah sirna (dunia kan ibarat air laut--semakin diminum, semakin bertambah haus). ingin berinfak membantu masyarakat Palestin yg sedang menderita juga masih berkira-kira! (ya Allah malunya..). dan berbagai lagi nikmat2 yg Allah telah kurniakan sebenarnya untuk menguji kita!

Seandainya kita marah dgn Israel dan bersimpati dgn Palestinians (memang inilah seharusnya reaksi kita!), marah dan bersimpati jugalah dgn diri kita yg alpa dan tidak sedar bahawa diri sedang diuji....-ibarat musuh dalam selimut, menikam dari belakang tanpa peduli, -juga ibarat ghazwul fikr(perang minda oleh Barat pada umat Islam) yang super halus tapi tepat mengena sasaran!! atau ibarat api dalam sekam-membakar pelan-pelan...memakan dari dalam...

Sedarlah bahawa dosa terbesar sebenarnya adalah dosa lalai kepadaNya! sudah-sudahlah ummat ini terpuruk ke dalam lembah kehinaan, berkubang di dalam lumpur kealpaan, kesenangan dunia dan kesia-siaan, dengan hati yg berpenyakit- penakut, tidak berdaya, lemah dan mundur. perjuangan menentang hawa nafsu kita sangat jelek sedangkan ini yg dikatakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai jihad akbar! Dan Sesungguhnya umat ini telah jatuh, jatuh ke jurang yg paling dalam, tidak ubah seperti haiwan yg hidup hanya untuk memenuhi kantung perutnya sahaja. mungkin sudah terlupa bahawa the ummah was once like a lion, no need to shed a tear!

Yang pastinya, di akhirat nanti akan ada pertimbangannya-masa, harta, anggota badan dan setiap sesuatu.. sy ulangi, setiap sesuatu...yg telah diamanahkan atau dititipkan oleh Allah kepada kita di dunia ini tak akan lepas dari perhitungan. Jangan terkejut ketika dihisab kelak malahan skor kita negatif...(ya Allah nauzubillah...) dan ketika itu kita sedang menyaksikan saudara2 kita di Palestin yg ikhlas berjihad dan mati syahid di jalanNya sedang tersenyum memasuki syurga..pasti waktu itu kita mahu kalau kita yang dahulu di dunia di tempatnya...

Ayuh, tiupkan semboyan perjuangan, hidupkan wake-up call dalam diri. sampai bilakah kita hanya menjadi para penyaksi? dan pabila kita mati kelak, diluputkan oleh sejarah. Sudah sampai waktunya, kita mengenerasi perubahan dalam diri, dalam masyarakat sekeliling. Inilah waktunya kita kembali kepada kesucian AlQur'an dan Sunnah dan meninggalkan puing-puing kehinaan dan karat jahiliyyah dalam diri. kuatkan benteng mujahidah li nafs hati. jadikan isu pembantaian Palestin ini sebagai momentum perubahan diri. Sesungguhnya hati-hati kita ini sendiri rindu untuk kembali pada fitrah asalnya iaitu kemuliaan, kebaikan dan kesucian. inilah waktunya. Islam itu akan menang, yakinlah. cuma adakah kita menjadi sebahagiaan yang menyumbang kepada lajunya putaran roda kereta perjuangan ini atau hanya mampu melihat saja, dan tertinggal di belakang. kedegilan kita untuk tetap tega di jalan jahiliyyah, berleka-leka dan bermalas-malasan dengan memberikan seribu satu alasan itu tidak akan merugikan Islam atau orang lain kecuali diri sendiri-yang kelak akan diminta pertanggungjawaban!

Sunday, December 28, 2008

self resolution 1430H

here's my personal self resolution checklist in conjunction with this new 1430H year:

1) Al-Qur'an recitation 1 juz per day insyaAllah
2) pray extra heed to my solah--towards achieving high quality solah!
3) check n balance the condition of my heart every now n then- qalbu management to be seeked..always!
4) towards a more purified islamic fikrah, ruhiyah and way of living
5) time is gold. treasure it
6) focus more on acting--implementing action instead of just thinking and talking

may ur prayers accompany me. pray that i'll be a better person.

"..i have in my hearts the will and in my hands the means.."

Salam Maal Hijrah
1430H,
pray for our brothers and sisters in Palestine

Thursday, November 20, 2008

gerakkan!

gerakkan hati, gerakkan minda , maka akan bergeraklah anggota badan mu
kenalilah potensi jiwa dan hatimu, ia boleh dibaja!

(doakan saya)

Sunday, November 2, 2008

aspired to be better

thanks for the words
i thank Allah for giving me answers through you
although i've waited for u quite long enough
long enough for me to learn the art of appreciating
now i'm clearer of my path ahead
and i could see the specks of hope igniting through
the end of the tunnel

and i thank Allah again
for sending me answers slowly but surely,
slowly enough for me to discover the strength of patience
convincing me that the wait is worth it
and now i know what i'm supposed to do
and i believe that it has just only begun
the faith and spirit will be soared higher,
insyaAllah
may He be guiding through..

thank you Allah
kebersamaan itu adalah kekuatan
thanks ukhtiku ;)
(dedicate to dearest doyot too, may we be strong always..amin)

little by little we'll climb the stairs and pick up the pieces we've left, if Allah wills so..

Thursday, October 30, 2008

di saat ruh itu sepi

di saat ruh itu rasa sunyi..
di ketika pengabdian sebenar tulus pada Tuhan diganti spiritual engineerings,
rekayasa manusia untuk berpura-pura dirinya dekat pada Pencipta..
di waktu hari2 diisi futile, meaningless conversations,..routine dan mundane acts..
di kala blank spaces mengisi rongga2 jiwa di antara sela waktu;

.:Tuhan kurniakan teman untuk mengingatkan..


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

dan benar, kata2 yang baik dari teman yang mengingatkan itu tidak ternilai harganya berbanding dunia dan seisinya:-

(taken from naufa's email content..)

apa guna bacaan quran bersama tafsir andai tidak terasa dgn hati..
[
Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A'raaf, ayat 204)]

apa guna duduk bangun dlm solat andai dosa masih dihampiri..
[innastholatatanha 'anil fahsya'i wal mungkar
- “Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar.”(Surah Al-Ankabuut: 45) ]

apa guna anggota amanah ALLAH andai sentiasa dlm leka..

apa guna cinta andai kpd pencipta hanya bersahaja..

apa guna ukhuwah andai bukan untuk memperingatkan..

apa guna maghfirahNya andai taubat ditinggalkan..


sungguh benar kita kerap menghabiskan emosi dengan manusia yang akhirnya menyakitkan..
sungguh benar pula kita sentiasa menjadikan alasan 'manusia itu pelupa' untuk tidak mengingatiNya..


...jazakillah adik naufa ;)

(I'll be counting the days for u to come)

"Kelazatan di dunia ini tinggal tersisa 3 perkara; qiyamullail, bertemu dengan saudara seiman dan shalat jemaah" - Ibnul Munkadir

"Aku sempat bertemu dengan beberapa kaum dan kelompok. Mereka ini tidak pernah bersuka cita atas melimpahnya dunia. Pun, tidak pernah berduka cita atas hilangnya dunia. Di mata mereka, kekayaan dunia itu ibarat tanah."- Hassan Al- Bashri

Sunday, October 26, 2008

lalai

lalai...
adalah sifat semulajadi seorg hamba..kdg2 org2 yg baik pun boleh lalai..

kekuatan..
kdg2 utk tidak lalai manusia memerlukan kekuatan..dan kekuatan itu boleh dtg dgn pelbagai cara...bi'ah yg baik..solat malam..dan org2 sekeliling yg memberi inspirasi dan mentransmisi kekuatan..

ingatkan..
oleh itu sentiasalah saling mengingatkan, kerana lalai itu mmg sifat fitrah hamba dan utk sentiasa beringat itu kita kena melawan arus hawa nafsu diri kita yg cenderung pada kelalaian ni..berterima kasihlah kepada Allah yg selalu mengejutkan kita dr kelalaian..sbb Allah masih syg kat kita..

"Hai orang yang berselimut, bangunlah lalu berilah peringatan" (Al-Muddatsir 1-2)

Ingatkanlah diriku wahai temanku jika kau kasihkan diriku kerana Allah...

Friday, September 19, 2008

a few ayaats to reflect upon..

Balasan Allah s.wt kepada orang yang ingkar (Al-Muddatsir 11-28)
[ 11 ]
Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
[12]
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
[13]
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
[14]
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
[15]
Kemudian ia sangat ingin, supaya Aku menambahinya lagi;
[16]
Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
[17]
Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
[18]
Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
[19]
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
[20]
Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
[21]
Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
[22]
Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
[23]
Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
[24]
Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
[25]
"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
[26]
(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
[27]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
[28]
Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)


Nau'dzubillahiminzaalik...

Tuesday, August 26, 2008

peluang untuk memperoleh kemuliaan..

tak banyak yg dah berlaku dlm hidup sy beberape hari ni. cume mlm td sebahagian drp kami sisterhood celebrate birthday kepam di 'kedai kopi'. design kedai ni agak lawa tp sygnya servisnya sgt2 lambat dan adekah patut tempat yg ber aircond ni dibenarkan utk merokok! (sy tak boleh terime sungguh..busuk tudungku jadinye..). tapi ape2 pun heppy dpt celebrate besday kepam dgn sisters yg lain =). n to kepam heppy belated 23, smoge smakin heppy dan diberkati..=D (kepam turns 23 last sunday). oh, n kepam sudahkah anda habis menganalisa thesis kte?hehe. me lg ckit..plannye adalah utk kite memasukkan data dlm spss stelah tentamen anat jumaat ni..

peluang memperoleh kemuliaan

last sunday we (me, azra, doyot, iman n ain) went to taruna (a pesantren) for our weekly pengajian n tafseer surah al-ahzab was discussed. an emphasize more or less was given regarding kemuliaan yg diberikan kpd kaum wanita. Ustazah aka ibu umar mentioned about satu hadits tentang kedatangan seorang wafid (utusan) dr kaum wanita bertemu Rasulullah sallallahualaihiwassalam untuk meminta persamaan hak antara lelaki dan wanita. wanita itu menyampaikan keluhan para wanita bahawa kaum lelaki diizinkan keluar berperang dan berpeluang utk mendapatkan syahid sedangkan kaum wanita duduk di rumah menguruskan keperluan suami dan anak-anak, di manakah peluang kami untuk mendapatkan syahid? kemudian Rasulullah dengan penuh hikmahnya menjawab, kembalilah kamu kepada kaum wanita dan sampaikan kpd mereka bhw sekiranya mereka mentaati suami dan menjaga hak2 nya, mereka akan mendapat ganjaran yang sama namun sedikit sekali antara para wanita yang mengamalkannya..

Satu lagi hadits turut membincangkan tentang kemuliaan yang diberikan kpd kaum wanita iaitu sekiranya seorang wanita itu solat 5 waktu, puasa sebulan di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan taat pada suami wanita itu boleh masuk ke dlm syurga dari mana2 pintu yg diinginkannya.

Namun ada juga hadis yg berlawanan bahawa Rasulullah sallallahualaihiwassalam bersabda Aku ditunjukkan neraka dan banyak penghuninya adalah wanita kerana mereka mengingkari kebaikan suaminya.Mungkin juga banyak wanita yang berpotensi menjadi penghuni neraka krn kurang memerhatikan soal aurat dan akhlak. Na'uzubillahi min zalik.

Jadi kesimpulan yg boleh sy ambil di sini ialah Allah itu Maha Adil. Dia telah memberi persamaan hak kepada kedua-dua wanita dan lelaki tapi dalam bidang yang berbeza. Benar, Ar Rijal Qawwamun 'ala Nisaa' tetapi di sebalik kehebatan seorang lelaki itu ada seorang wanita yang menyokongnya.

Wanita itu berpeluang untuk mendapatkan kemuliaan di sisi Allah dengan mentaati suami namun sedikit sekali yang memanfaatkan peluang ini. Malahah, kalau dilihat pada zaman ini lebih banyak wanita yang prefer untuk mengutamakan karier drp keluarga. Rugilah kita kalau mensia2kan peluang kemuliaan yang Allah beri ini. Sesungguhnya janji Allah adalah benar.

Seorang ibu itu jugalah madrasah pertama anak-anak. Jadi, wanita harus mempunyai kesedaran untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu ilahi dan duniawi (ex: betulkan bacaan Qur'an, hafal qur'an dsb) kerana merekalah nanti yg akan 1st hand mendidik anak2 untuk melahirkan anak2 kecil itu sbgai generasi jundi2 islam nanti. kalau tak, jadilah mereka seperti ketam, mengajar anaknya berjalan lurus tapi dia sendiri berjalan bengkok.sangat besar n amanah tanggungjwb seorg wanita ini rupanya. tapi besar pulalah ganjaran yang Allah janjikan padanya jika berjaya melaksanakannya dengan baik.

Semulia2 pengabdian adalah pengabdian kepada suami- kata2 daripada Ibu Umar.
(after the devotion to Allah and His Messenger to add)

When u talk about women rights, we shud also talk about women responsibilities. How can u request on ur rights when u dont perform ur responsibility wholely?
-Dr Hjh Harlina Haji Siraj

Ballighuni walau ayaat..

Wednesday, August 20, 2008

10 mu'assafat

Objektif tarbiyah (didikan hati) adalah untuk menghasilkan individu2 dengan 10 mu'assafat ini :

1) akidah yang sejahtera
2) ibadah yang benar
3) akhlak yang mantap
4) pemikiran yang berwawasan
5) jasmani yang kuat
6) mampu mencari mata pencarian
7) berdisiplin / mampu menguasai diri sendiri (high self control)
8) tersusun dalam pengurusan (self-organized)
9) menjaga waktu
10) bermanfaat kpd org lain..

let's self evaluate our own self. kalau kita menggelar diri kita org2 yang telah menerima tarbiyah dan sendiri berada di medan tarbiyah, apakah kita sudah memenuhi kesepuluh ciri2 tersebut. ohh, diriku terasa sungguh..esp part num 3, 7, 8 dan 9. oh..di manakah silapnya??

Tarbiyyah itu mendidik bukan mengajar.
Tarbiyyah itu mengasihi bukan mendominasi.
Tarbiyyah menghasilkan insan2 rabbani bukan insan2 yang tidak peduli..

Ya Allah didiklah hatiku..Bantulah aku untuk memahami kalamMu..bantulah aku untuk menghayati hakikat hidup ini..

"Sesungguhnya perumpaan dunia dan diriku adalah seperti seorang yang beristirahat sejenak di bawah sepohon pokok pada siang yang amat panas..kemudian ia pergi meninggalkannya.."
( HR Ahmad)

Thursday, August 14, 2008

jalan ini..

jalan ini jalan yang sukar
jalan ini berliku-liku
jalan ini penuh sepi
jalan ini saksi air mata
jalan ini ku korban segala..

tapi..
jalan ini jalan cinta
jalan ini jalan hamba
jalan ini fitrah jiwa
jalan ini ku dekat dengan-Nya
dan jalan ini..
kebenaran tiada tara..



kebenaran
by A Samad Said
Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar
tanpa dibaja
kan tetap mekar
tanpa udara pun
kan tetap segar

Sunday, July 27, 2008

Generasi Harapan

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol bentengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu

Tuesday, July 8, 2008

mental @ heart cold?

When ur bak at home, nothing else matters anymore. we're stuck in wut we call the ‘comfort zone’.And to break away from the luxury comfort of it is as difficult as breaking away from prison. That's wut im feeling rite now. Anyhow, i still try to make my hols beneficial by lending out helping hands as much as I cud, running errands here and there, teaching my brothers,entertaining my mum and husna-a five year old kid who is getting smarter and smarter day by day and keeping awake after subuh (I dun ever wanna break this gud habit-time is soo precious!),reading as time allows me to- I’ve read The Alchemist by Paulo Coelho and The kite runner by khaleed hosseini. Both books are good but my preference is Paulo coelho’s. I’ve discovered that I like his book themes-it’s inspirational and it reflects upon life and aspects of spirituality where I think everyone cud relate to. His another work, Brida (which I’ve flipped thru in MPH bookstore) is also good and of course, most of his books are international bestsellers.

And rite now I’m on my way of reading ‘Bagaimana menyentuh hati-kiat-kiat memikat objek dakwah’ to save my flames of Islamic spirit from fading by the blow of this ‘vacation wind’. huhhu. this very good book is written by abbas as siisiy-one of the 1st generation of Ikhwanul Muslimin members who received direct ‘tarbiyah qur’aniyah’ from Asy Syahid Hassan Al Banna. Of course, Hassan Al Banna, who can be considered the Mujadid of the 13th century is very well known for his beautiful akhlak and behaviour, the world misses people like him. I love the narration of this book plus the Qur’anic verses selected matches very well with the subjects that are discussed in this book. think this book is a must read to all muslims. Wake up oh muslims!

To everyone’s enjoying holidays,maybe it’s ok to have mental freeze,ur mind needs the rest, but dunt let it rests for too long,it’s a predilection for Alzheimer,plus most importantly,dun ever let ur HEART freezes cold. It needs nourishment and supplication. Keep it alive and burning, wut’s worser than a dying heart? Give sum thot for the ummah,k? The ummah needs us.

Last but not least, here I am going to promote our PKPMI Polaroid writing contest-3 categories – 1) opinions or thots, 2) creative witings and 3) places of writings. For those who are finding ways to kill their ample time during this leisure, do submit ur participations, talented people!!







husna main dokter2

ptg td husna ajak main dokter2.comel sgt.stetoskop de kecik.tak muat nk masuk telinga sy.pastu set dokter mini mainan husna siap ade syringe dan jugak reflex hammer!which is soo cute.i've realized dat ever since we were small, we're doctrined to be doctors.no wonder,indirectly it contributes to why choosing medicine as a profession is so commercialized and popular.it's like the all season 'in thing'.well for me,i didn't really wanna be a doctor yet i was encouraged by my bestest fren marlia to be one.so i decided to just 'go with the flow'.but now,as i grow older, hence choosing to take responsibilities over my every action,i had to admit that there's a price to pay to be a physician and u have to pay the price also once u've accomplished to become one.there's a responsibility looming ahead,a message to be spreadt that is not just fulfilled by serving the sick and the needy. being a doctor is just a platform. a platform to achieve the 'other bigger things' or to reach out to the world, to extend ur heart to spread 'the bigger message' which is the message of islaam and peace..

"Katakanlah,'Inilah jalan(agama)ku,aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kalian kepada Allah dengan hujah yang nyata. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik" (Yusuf:108)

with great power comes great responsibility

Friday, June 6, 2008

tiada sehebat motivasi islami..

Pagi ini sy memulakan hr dengan penuh motivasi setelah membaca a chapter dlm buku 'Saksikan bahawa aku seorang muslim' oleh Salim A Fillah tentang Abu Bakar dan Umar yang saling bersaing untuk mendapatkan keredhaan Allah. Umar,Si Pejuang,sentiasa berambisi besar utk mengungguli Abu Bakar dlm amal dan pengorbanan.Seorang wanita tua pernah menolak tawaran pertolongan dr Umar dgn mengatakan,"Sudah ada yg membantuku..".Dalam pengintaian Umar di keesokan harinya, beliau melihat Abu Bakar terhendap-hendap memikul karung berisi keperluan hidup si nenek.

Begitu juga dlm Perang Tabuk, seruan jihad harta oleh Rasulullah disambut Umar dgn segera.Saat Rasulullah brtanya berapa yg ia tinggalkn utk keluarga,Umar mengatakan dgn bangga,"Sebanyak yg aku serahkn pd Allah dn rasulNya.Tetapi betapa tercengangnya Umar saat pertanyaan yg sama ditujukan pada rivalnya,Abu Bakar.Dgn gemilangnya Abu Bakar menjawab, "Cukuplah Allah dan RasulNya yg aku tinggalkn utk keluargaku!"

Menjadikan Abu Bakar sbgi kompetitor amal memang harus membuat Umar bergumam, "Mulai hari ini aku sedar,nampaknya aku tak akn pernah dapat mengalahkan Abu Bakar!"

2 pengajaran yg boleh kita ambil dr kisah ini.Yang pertama,manusia memang mempunyai ego, kerana itu kita suka bersaing dan membanding-bandingkan diri kita dgn org lain. Begitu juga dgn sikap2 kita yg lain,seperti sikap pemarah, suka mengeluh dan mengkritik.Ibarat alam yg mempunyai hukum,begitu juga manusia,sifat2 ini ibarat human nature manusia.Dan sesungguhnya Allah, Sang Pencipta sudah sedia maklum dgn sifat makhluk2 ciptaanNya sendiri:

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir"(Al-Maarij:19-21)

Tetapi manusia2 yg unggul,mampu menyalurkan human nature ataupun kekurangan manusia ini ke jalan utk menuju keredhaan Allah seperti apa yg dicontohkan oleh Umar Al Khatab di sini. Siapa tahu,mungkin kekurangan yg kita rasa kita miliki, sebenarnya mengandung hikmah dan sebaliknya merupakan kelebihan kita.Dan manusia yang hebat adalah manusia yang mampu menyalurkan kekurangannya ke jalan menggapai keredhaan Tuhannya.

Jadi kalau anda seorg yg ego dan gemar bersaing, bersainglah..tidak ada yg salah,tp bersainglah dalam beramal dan mencari kasih sayangNya..
Kalau anda seorg yg pemarah dan pengkritik (boleh jadi juri AF) berhentilah mengkritik sekeling anda,sebaliknya marahlah diri sendiri dan mengeluhlah kerana gagal menyembah Allah the way Allah deserves to be worshipped..
Kalau kita merasa diri kurang cantik ..tak mengapelah, siape tahu ini dapat memupuk rasa rendah diri dan sifat kehambaan kita kpdNya..dgn lebih fokus kpd mengasah kecantikan hati..

Disebabkan sy sdg dlm blok 'Human Behaviour and psychiatry' boleh juga diambil contoh org2 skizophrenia.Mungkin sekali fikir mcm 'musibah' dpt skizo tp sejarah menyaksikan org2 skizo seperti John Forbes yg mana kisah hidupnya di capture dlm 'A Beautiful Mind' mampu menghasilkan karya ilmiah yg hebat kerana 'kelebihan berfikirnya' itu sehinggalah mampu dinobatkan Hadiah Nobel pd tahun 1994 utk game theory nya.Sayangnya dia tak beriman.Mungkin contoh ini agak extreme,tp sy harap msg sy sampai..;).Takpelah kalau anda rasa anda ada mental disorder,just salurkan je ke medan yg sepatutnye..

Berhentilah utk cuba 'mengubah' tapi berusahalah 'menyalurkan' ke jalur yg wajar.Berhentilah utk cuba menjadi org lain,tapi sebaliknya asahlah apa yg ada dlm diri kita utk memberikan yg terbaik di mataNya..Seperti yg teman baik sy Azra katekan,sesungguhnya penciptaan Allah itu Maha Sempurna..x ada yg sia2..

Dan pengajaran yg kedua.Abu Bakar..subhaanallah,sebaik2 sahabat..buat sy merasa tak semestinya kita kn jadi galak atau 'perkasa' utk menjadi pemimpin.tapi Abu Bakar dgn kelembutan hati dan sifat yg ada pada dirinya membuatkannya mulia di sisi Allah..Kerana hati yg lembutnya juga,wajarlah dia dipanggil As Siddiq-"yg membenarkan" melambangkan betapa tinggi keyakinan iman dan kesetiannya pada Allah dan Rasul..

Semoga diri ini, walaupun masih jauh,mampu merangkak-rangkak merintis jalan 'mujahadah diri kerana Allah' seperti yg telah ditelusuri oleh para-para sahabat hebat ini..Amin..

*Rindu syurga dan kasihNya...