Monday, February 8, 2010

welcome ummi!

ummi adalah panggilan saya kepada new hausmet saya yang bernama hidayah. oh ya, lupe mau beritahu, ummi menggantikan azra sebagai penghuni kamar no 3 rumah saya. mungkin teman2 sudah tau yang azra berpindah ke kos baru atas sebab sudah berkahwin. ya, betul. sudah menjadi isteri orang. alhamdulillah beliau telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan arif, teman sekelas mahupun seangkatan kami pada tanggal 3o jan yang lalu. satu lagi teman akrab saya sudah lari jauh meninggalkan saya. kenangan manis suka duka tinggal bersama mulai dari tahun kedua tak akan sekali-kali saya lupakan. semoga sampai ke anak cucu kami tetap rapat. amin. semoga azra bahagia menempuh hidup baru. yang jelas, azra bahagia, saya juga tumpang bahagia sama.

walaupun sedih tapi patah tumbuh hilang berganti. hadirnya hidayah aka doyot aka doy2 aka ummi kembali menceriakan suasana kehidupan kami. saya panggil beliau ummi sebab beliau sangattt keibuannn. saya suka sangat kacau ummi dan manje2 dgn ummi. ummi suka memasak. baru 2 minggu ummi pindah saya sudah tambah berat badan sebanyak * kg. kini setiap hari dapur rumah saya berasap. secara tidak langsung saya juga jadi belajar menajamkan bakat memasak saya yang selama ini memang selalu tumpul. 2minggu lepas adalah minggu orientasi saya untuk menjadi iron chef. hahahaa*gelak besar*. kira oklah, skarang ni saya takdelah sebuta kuali seperti dulu lagi. hahaha*gelak lagi*. ummi juga selalu ajak untuk solat berjemaah. stlh solat bersama, salah seorang dari kami akn membaca ta'lim kerana ummi mempunyai banyak buku2 agama yang diletak di rak buku di ruang tamu. iya, buku beliau banyak seperti perpustakaan. al-maktabah. sedikit sebanyak terisi juga hati saya yang selalu naik turun tak tentu arah sejak masuk koas ini. semoga Allah tetap menyatukan hati-hati kami dalam ikatan ukhuwwah atas kasih sayangnya. sesungguhnya Allah amat menyayangi saya. saya merasa sangat disayangi. dari dahulu saya dikurniakan teman-teman serumah yang selalu menyejukkan hati, menerima saya apa adanya dan menganggap seperti adik beradik. susah senang dilalui bersama. benarlah, suasana rumah dan penghuni rumah yng damai memang menentukan kedamaian hati. sekurang-kurangnya bila sudah stress dengan kerenah2 orang di luar rumah atau kesibukan di hospital, pabila pulang ke rumah hari menjadi sejuk dan damai. rumahku syurgaku. kepada ummi, with warmest regard, welcoming u to be a part of us..the b29ers..smoga ummi suke tinggal di sini bersame kami-kami yang cacat ini..

No comments: